Aliff Syukri Target Jadi Alim Sebelum Usia 35 Tahun! Yakin Sempat Ke?

TERKINI
April 05, 2018 - 05:24 PM


Macam-macam kes kontroversi melanda Dato Alif Syukri ni. Terbaru Alif Syukri ada menunjukkan sekitar rumah barunya yang begitu luas sekali tu.

Sempena hari jadi Datuk Seri Ali Syukri yang ke-31, dia berharap suatu hari nanti apabila sudah tiba masanya dia meninggalkan dunia ini, dia dapat pergi dalam keadaan tenang dan beriman. Dia juga akan berusaha untuk menjadi alim sebelum usia 35 tahun.

Pada ulang tahun kelahirannya, majlis yang disambut agak sentimental kerana mengenangkan segala kejaayaan yang dikecapi sehingga ke hari ini bukanlah sesuatu yang mudah.

“Saya agak tersentuh kerana saya melihat realiti yang berlaku. Jujurnya juga, saya target untuk menjadi individu yang lebih alim sebelum usia mencecah 35 tahun

“Malah proses pembinaan surau di kawasan berdekatan kediaman juga sedang diusahakan sebagai ekspresi kepada apa yang saya hajati,” katanya pada

“Saya bukan malaikat. Saya juga ada lakukan kesilapan dan apa yang dipaparkan bukan mahu riak dengan apa yang ada. Tetapi ini adalah impian saya yang sudah termakbul, alhamdulillah,” “Saya dah buat (haji) tapi saya tak mahu kongsi pada publik”.

“Sejak remaja, saya sudah simpan angan-angan mahu memiliki banglo dan impian itu terlaksana pada usia 24 tahun. Kemudian, saya dikurniakan gelaran Datuk dan dalam perjalanan untuk menerima pingat itulah, saya pasang impian nak memiliki kediaman seperti istana.

Mahligai yang dibina atas tanah yang bernilai RM13 juta itu dinamakan Palace Ali Syukri yang mempunyai 30 bilik beserta surau, gim dan pawagam mini.

Kelengkapan rumah serta bahan binaan juga dibeli daripada negara China, Indonesia, Portugal dan Itali. Apabila ditanya pula tentang kecaman netizen serta isu riak yang sering dikaitkan dengan dirinya, dia sendiri semakin lali dan mengatakan bahawa itu adalah hak masing-masing dalam memberikan pandangan.

“Saya tiada kuasa nak tutup mulut atau puaskan hati semua orang. Niat saya adalah untuk berkongsi hasil yang akan kita perolehi andai kita kuat berusaha. “Selain itu, paparan kediaman ini juga adalah sebagai pengisian terakhir untuk program realiti saya, Oh Abang Kosmetik musim kedua” Teringin juga pergi ke istana Ali Syukri. Mesti ‘wow’ bila masuk dalam kediaman mewah tersebut.

Tak apalah Dato. Semoga Dato di beri kesempatan untuk berbuat kebaikan. Kita pun belum tentun lagi hidup esok lusa.