Ambil Kesempatan Menjaja Di Melaka, Backpackers Dikecam Hebat!

TERKINI
May 13, 2019 - 04:58 PM


Segelintir pelancong asing terutamanya yang datang dari negara sebelah barat sebelum ini pernah dikecam dan dilabelkan sebagai ‘begpacker’ iaitu meminta derma bagi meneruskan perjalanan mereka.

Kini, sekumpulan pelancong di kawasan Jonker Street Melaka nampaknya cuba melakukan aktiviti sama, namun cara mereka berlainan iaitu dengan menjual hasil kraf tangan.

Ada beberapa peniaga tempatan telah menegur tindakan mereka ini namun mungkin disebabkan masalah kewangan atau sengaja mengambil kesempatan terhadap sikap murah hati rakyat Malaysia, mereka tetap menjaja di kaki lima. Kalau tengok gambar, macam berhadapan Hard Rock Café, Melaka.

Menurut Sinar Harian, pihak berkuasa sudah mengarahkan pelancong terbabit menghentikan aktiviti berkenaan dan beredar. Kalau nak diikutkan, mereka sebenarnya telah melanggar udang-undang dengan menjalankan perniagaan menggunakan visa pelancong.

Ok, habis. Sekarang ni jom kita sembang dengan minda terbuka dan sebagai seorang traveller. Sebab aku yakin, bila korang cakap korang selalu travel, minda korang akan lebih terbuka bila berdepan isu-isu macam ni.

Pada aku sendiri, salah disini ialah sebab diorang berniaga. Tapi, aku respek sebab diorang masih ada inisiatif untuk ‘menjual’ sesuatu yang dari hasil tangan diorang sendiri (mungkin). Pada aku, ini adalah beratus kali lagi baik daripada diorang pegi ke meja, mintak derma. Faham tak? Setidaknya diorang ni berusaha.

Sekarang ni, cuba letak diri kita di situasi diorang. Mungkin, kita kena scam, duit langsung habis dan salah satu cara yang kita ada hanyalah untuk berniaga untuk dapatkan duit balik. Mungkin ada antara kita dianugerahkan kebolehan membuat rantai, melukis dan mungkin menyanyi.

Sebab aku yakin, backpackers ni diorang bukan ‘hadap’ sangat duit yang korang letak. Diorang hanya buat untuk suka-suka, kalau ada duit bagus, kalau tak ada pun diorang cuba lagi esoknya.

Itulah pendapat aku dalam isu backpackers ni. Sebab pada aku, diorang ni sekurang-kurangnya berniaga, bukan mintak sedekah. Diorang dah usaha.

Tapi, itulah, ramai yang main mintak duit aje. Sebabtu sekarang ni nama backpackers busuk. Lebih dipanggil ‘begpackers’ adalah.