Anda Belum Sempat Tengok ‘Jibam’? Ini Senarai Pawagam Yang Masih Tayangkan Filem Tersebut…

TERKINI
December 14, 2017 - 10:25 AM


Kalau anda peminat komik dan mengikuti perkembangan Ujang, anda pasti sinonim dengan satu watak dalam novel karya beliau iaitu JIBAM.

Kalau tak silap, sejak pertengahan tahun ini lagi saudara Ujang, ada war-war kan di laman Facebook miliknya berkenaan karya novelnya itu yang akan ditayangkan di pawagam.

Mula ditayangkan pada 7 Disember lalu, filem Jibam ini dikatakan tidak mendapat sambutan seperti yang dijangkakan. Namun, rata – rata penonton yang telah menonton filem ini memberikan reaksi yang positif.

 

Jika anda belum berkesempatan, ini adalah senarai pawagam yang masih menayangkan karya Ujang ini…

– TGV Bukit Tinggi, Klang

– MM Cineplexes, E-Curve, Damansara

– Premium X Cinema, One City Mall

– MM Cineplexes Bertam, Pulau Pinang

– Jitra Mall, Kedah

– MM Cineplexes Langkawi, Kedah

– MM Cineplexes Riverfront, Kedah

– MM Cineplexes Bahau, Negeri Sembilan

– MM Cineplexes Mahkota Parade, Melaka

– TGV Tebrau City, Johor

– MM2 Cineplex City Square, Johor

– Superstar Ulu Tiram, Johor

– Perdana Labuan, Sabah

– Eastern Cineplex, Sabah

– LFS Kuala Terengganu

– MM Cineplex Kerian Sentral

Dan... anda cuba tengok trailer filem Jibam ni… Mana tahu lepas tengok trailer terasa nak pegi tengok movie…

Macam mana? Best kan trailer dia... Kalau best.... tunggu apa lagi, cepat-cepat book tiket online. Kita tengok dan sokong filem Jibam.