Anda Team Android? Ini Ada ‘Point’ Best Korang Nak Hentam Team Apple!

TERKINI
January 02, 2018 - 02:56 PM


Bila sebut pasal smartphone, kami yakin anda ada pilihan dan sebab anda tersendiri. 

Antara perdebatan hangat yang semacam tiada penghabisan semestinya system peranti mana lagi bagus, android atau iOS?

Kalau nak bukak cerita pasal mana lagi bagus ni, memang tak akan habis. Malah di ruang media sosial sekalipun perdebatan ini tak pernah terhenti. Sama macam orang bandingkan Playstation dengan XBOX.

Kalau sebut pasal sistem operasi pada telefon ini, ada beberapa syarikat terlibat dalam membangunkan sistem untuk kebanyakan telefon pintar masa kini. Antaranya ialah Android, iOS, Blackberry, Windows dan pelbagai lagi.

Antara yang sering menjadi perhatian sudah tentulah Android vs iOS. Iaitu sistem operasi yang dibangunkan oleh Google dan Apple.

Baru-baru ini, Apple dikatakan disaman hampir 1 trillion kerana mereka bertindak untuk memperlahankan model lama sebelum iPhone 6 dengan alasan memanjangkan jangka hayat bateri pada peranti mereka.

Selepas berita berkenaan, pesaing utama Apple iaitu Samsung telah mengeluarkan kenyataan yang mereka tidak mengurangkan prestasi telefon mereka seperti Apple. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Samsung, mereka tidak mengurangkan prestasi CPU mereka melalui kemaskini software mereka seperti yang Apple lakukan.

Selain Samsung, syarikat-syarikat lain juga turut menyatakan perkara sama dengan menegaskan bahawa peranti-peranti mereka tidak akan berkurang walaupun bateri pada peranti tersebut telah lama.

Antara jenama yang telah mengesahkan perkara ini termasuklah LG, HTC, dan juga Motorola. Nampaknya, rata-rata jenama ini menggunakan android dalam sistem operasi mereka.

Kalau anda semua pengguna android, selamat lah anda. Prestasi telefon anda tidak akan terjejas walaupun baterinya sudah lama.

 

Sumber : The Verge