Anugerah Meletop Era 2019: Kenapa Siti Aafiyah Tidak Tercalon?

TERKINI
February 13, 2019 - 12:55 PM


Semalam berlansungnya pengumuman top 20 untuk Anugerah Meletop Era 2019. Untuk kategori si cilik meletop pastinya ramai yang tertanya-tanya di manakah nama bayi nombor satu negara, Siti Aafiyah Khalid, dalam senarai calon top 20 Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019)?

ni kerana, sebelum ini, ada ura-ura yang mengatakan cahaya mata sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu tentunya tidak mempunyai masalah untuk menggungguli kategori Si Cilik Meletop.

Untuk persoalan yang menjadi tanda tanya ramai netizen, Penolong Naib Presiden Segmen Kanak-Kanak & Remaja Astro, Marissa Hanafi menjelaskan, calon-calon yang disenarai akhir perlu memenuhi beberapa kriteria tertentu.

Calon yang disenaraikan dalam kategori itu perlu mempunyai platform dan 'jenama' tersendiri. Kita tidak menilai populariti mereka mengikut populariti ibu bapa.

Paling penting, mereka perlu mempunyai akaun Instagram rasmi dengan jumlah pengikut yang ramai," kata Marissa.

Jadi itulah sebab kenapa nama Siti Aafiyah tiada dalam pencalonan. Mungkin Dato Seri Siti Nurhaliza pun setuju untuk tidak mencalonkan Aafiyah kerana masih kecil lagi.

Kalau tercalon pun memang confirm Aafiyah akan menang.