Apa Nak Jadi? Anak Melayu Kahwini Pasangan Sejenis di Australia!
TERKININampaknya masyarakat dunia seakan berlumba-lumba ingin ‘menghalalkan’ perkahwinan sesama jenis sama ada membabitkan golongan lesbian, gay biseksual dan trasgender (LGBT).
Namun apa yang lebih mengejutkan apabila salah satu daripada perkhawinan LGBT ini turut ‘disertai’ oleh seorang pemuda Melayu dari Malaysia.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter berkongsikan beberapa keping gambar memaparkan seorang jejaka dari Malaysia yang dikenali sebagai Afham Janil, menikahi seorang lelaki warga asing yang mana ia disertakan dengan kapsyen berbunyi;
“Buat teladang masing-masing jelah eh, Anak Melayu ni bro, tapi last-last hanyut bila dah stay oversea. Sayang betul,” tulis pengguna akaun @mirulhafez pada Rabu.
Gambar perkongsian itu memaparkan Afham yang dahulunya merupakan seorang yang agak berakhlak dan beragama namun kini berubah 360 darjah menjadi seorang pengamal budaya songsang.
Malah, entry berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi negatif masyarakat sehingga menerima kicauan semula hampir 9,000 kali.
Sementara itu memetik portal Northen Territoru News, pasangan terbabit, Afham Janil dan Keith Edwards dilaporkan sebagai pasangan pertama meraikan perkahwinan LGBT di Australia.
Pasangan sejenis itu dilapor melangsungkan majlis mereka pada Isnin(15 Januari 2018) di Darwin dengan bertemakan ala ‘Cowboy’ menggenakan sut lengkap seperti topi dan boot hitam.
Perkahwinan mereka turut dikatakan berjalan lancar kerana Australia merupakan negara yang membenarkan perkahwinan sejenis, malah majlis berkenaan turut dihadiri beberapa kenalan terdekat mereka.
“Masyarakat tidak memandang negatif terhadap kami walaupun kami berpegangan tangan, berpelukan,” kata Keith Edward seperti yang dipetik portal berkenaan.
Dalam pada itu, usaha untuk menjejak media sosial milik Afham gagal kerana pemuda itu telah menyahaktifkan kesemua akaun media sosial miliknya