"Bawa Imej Alim Rupanya 'Sesuatu' " - Pengacara Lelaki Suka Berpantun Kantoi Langgan Pel4cur Sejenis!

TERKINI
May 25, 2023 - 12:00 PM


Dunia hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan berita seorang pengacara tempatan yang didakwa sedang menjalin hubungan sejenis.

Mengejutkan, selebriti berkenaan juga dikatakan sanggup melanggan pelacur lelaki demi memuaskan nafsu songsangnya.

Sudah mendirikan rumah tangga dengan isterinya, ramai yang menyangka selebriti berkenaan sudah menghentikan aktiviti haram itu.

Namun, sumber yang enggan dikenali dipercayai pelacur terbabit mendakwa pengacara itu semakin liar walaupun telah dikurniakan anak.

Bercanggah dengan agama, pengacara yang terkenal dengan ‘trademark’ berpantun itu mulai berani menampilkan sisi gelapnya.

Sempat menyembunyikan perlakuannya di sebalik topeng, pengacara itu sanggup melanggan pelacur dan seorang mak nyah pada masa yang sama.

Semenjak dibongkarkan, banyak spekulasi mengenai identiti pengacara itu timbul -- namun belum ada yang berani menyebutnya secara terang-terangan.

Tidak ramai selebriti yang mengacara sambil berpantun, lelaki itu juga sering berkongsi tips rumah tangga dan terkenal dengan imej ‘beragama’.

“Depan orang dialah yang terpaling pandai cakap pasal agama, berkongsi tips rumah tangga, tips motivasi hidup.

“Tetapi orang seperti inilah juga yang mempunyai sisi jijik yang tak tersangkakan” dakwa sumber.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: