Apa Ni Neelofa Takkan Bayi Pun Nak Kena Bagi Makan Suplemen!

TERKINI
February 05, 2018 - 12:16 PM


Lazimnya suatu ketika dahulu stesen televisyen akan menjadi platform untuk memasarkan apa sahaja jenis produk. Malahan bukan sebarangan produk yang boleh mendapat segmen di kaca tv. Hanya produk yang diluluskan dan pengusaha yang mempunyai modal besar sahaja mampu menyiarkan iklan di kaca tv.

Masa berubah, kini teknik melariskan produk adalah menggunakan nama-nama besar sebagai agen pemasar. Golongan selebriti yang mempunyai ramai pengikut di media sosial sentiasa menjadi buruan pengusahapengusaha produk ini untuk mengiklankan produk mereka. Antara yang menjadi sasaran pengusaha adalah pengacara, pelakon dan usahawan berjaya, Neelofa.

Neelofa sering menggunakan akaun instagramnnya untuk mempamerkan produk-produk yang diwakilinya. Terbaru perbuatannya berkongsi tentang suplemen untuk bayi telah ditegur seorang doktor bertauliah dan dikecam hebat oleh netizen.

Disebabkan itu ada  juga yang mengatakan Neelofa cantik tetapi tiada otak. Kasarnya bahasa netizen. Namun sehingga kini, Neelofa masih belum mebuat sebarang penjelasan mengenai perkara tersebut.

Apapun ini pertama kali admin dengar bayi pun kena makan suplemen. 

Itulah kepada influencer atau pun artis kat luar sana tu sila fikir dulu seblum nak ambil mana-mana job review berbayar. Kadang-kadang kita ni mudah di gelapkan mata dengan wang ringgit.