Awas! Ini Senarai Terkini Pemaju Rumah Tanpa Lesen

TERKINI
September 28, 2018 - 04:28 PM


Kalau kira perhatikan, disekeliling kita semakin banyak pembangunan perumahan ataupun promosi – promosi berkaitan perumahan yang ada di pasaraya – pasaraya. Memang diakui, semakin hari penduduk di negara kita semakin bertambah dan sejajar dengan itu, kawasan perumahan baru perlu dibuka.

Namun, untuk mereka yang sedang berkira-kira untuk membeli rumah ataupun ada skim yang menawarkan rumah murah diingatkan supaya berhati-hati.

Ini kerana, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyenaraikan dan mengeluarkan senarai terkini pemaju rumah yang tiada lesen.

Untuk bakal pembeli rumah, lagi-lagi yang excited nak dapatkan rumah pertama tu, perhatikan betul – betul senarai yang dikeluarkan ini. Jangan risau, senarai ini memang sahih dan senarai pemaju yang tidak berlesen boleh didapati DI SINI.

Setidak – tidaknya nanti, tak adalah kes penipuan, downpayment dah bayar pemaju lari dan sebagainya. Tahu – tahu, projek terbengkalai.

Ada 4 ketegori pemaju perumahan yang SUDAH DISENARAIHITAM oleh KPKT, iaitu Senarai Hitam Pemaju PErumahan Tanpa Lesen, Senarai Hitam Pemaju Ingkar Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Senarai Hitam Pemaju Gagal Membayar Kompaun dan Senarai Hitam Pemaju Terlibat Dengan Projek Terbengkalai.

Kesemua senarai ini boleh disemak di laman web KPKT dan senarai ini adalah kemaskini yang terbaharu setakat 14 September 2018.