
Bahana Panggil Customer "Bodoh", Pemuda Terus Dibuang Kerja Dari Kedai Kopi
TERKINISeorang pempengaruh di Twitter berkongsi pengalaman membuat pesanan di sebuah kedai kopi poular tentang 'kelicikan' mereka menjual makanan sehingga menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan.
Buat mereka yang tidak biasa memesan makanan atau minuman di kedai kopi berkenaan sudah tentu akan terkejut apabila melihat harga yang dipaparkan di kaunter dan perlu membayar lebih kerana terdapat kos tersembunyi yang tidak dijelaskan.
Ciapan itu menarik perhatian seorang lelaki yang mendakwa dirinya seorang barista bagi jenama kedai kopi berkenaan.
Dalam ciapan yang di-quote berkata, sebagai barista, dia tahu bagaimana untuk memilih pelanggan yang 'bodoh' dan memaksa untuk bersetuju dengan semua add-ons yang dicadangkan mereka.
Kenyataannya membuatkan ramai yang berang dengan melabelkan pelanggan sebagai 'bodoh' dan meminta pemuda itu memohon maaf dan segera memadamkan ciapan tersebut.
"Kau pun kerja buat air je. Ada hati panggil orang bodoh" ciap Lili.
"Aku keliru, macam mana monyet ini boleh bekerja jadi barista? Bos kau buta ke? Ke nak cut cost? No wonder sambil kerja kau scam orang" balas Senupdogg.
Guess what? You guys win
— 11/11 (@ariffadzzz) July 5, 2023
Im done w Starbz. They fired me immediately pic.twitter.com/1a4nDbLLXF
Sehari selepas ciapan itu tular, lelaki berkenaan memuat naik ciapan baharu dan mengatakan bahawa dia telah dibuang kerja hanya disebabkan kenyataannya yang melabelkan pelanggan sebagai bodoh dan tak tahu apa-apa.
Walaupun orang ramai lega dengan pekerja begini diberhentikan serta-merta, ada juga individu yang mendedahkan lelaki itu sebenarnya tidak bekerja di kedai kopi jenama terkenal berkenaan. Sebaliknya hanya meminjam apron milik sesiapa kerana dahagakan perhatian.
Tak kisah-lah apa pun yang terjadi, korang sebagai barista atau pekerja mana-mana premis F&B haruslah educate pelanggan dan tidak mengambil kesempatan atas kenaifan mereka.