Banjir Besar Pulau Pinang, Hampir 6000 Mangsa Di Pusat Pemindahan

TERKINI
November 06, 2017 - 11:16 AM


Hujan lebat dan ribut yang melanda Pulau Pinang pada Sabtu lepas telah menyebabkan paras air di kebanyakkan tempat naik setinggi 1 meter.

Setakat pagi ini, 62 pusat pemindahan telah dibuka melibatkan 5 daerah di Pulau Pinang. Jumlah magsa yang terdapat di pusat pemindahan meningkat kepada 5800 orang pagi ini berbanding 3700 malam semalam.

Daerah Seberang Perai Utara dikatakan paling teruk terjejas dengan lebih daripada 3000 mangsa yang telah ditempatkan di 27 pusat pemindahan. Menurut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Timur Laut, hujan lebat telah menyebabkan paras air di Sungai Pinang mencecah paras bahaya .

Sementara itu, ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berterima kasih kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengangkat panggilannya jan 3.30 pagi bagi meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia disebabkan keadaan banjir yang kian buruk.

Beliau meminta semua pihak untuk bersabar dengan keadaan semasa dan meminta agar semua pihak mengutamakan keselamatan.

 

 

 

Sumber | TheSun