"Baru Tingkatan 3 Dah Pecahkan Kepala Orang" - Tak Puas Hati Dibaling Pemadam, Sekumpulan Pelajar Bergaduh Depan Sekolah
TERKINIWaktu menjadi dewasa, mesti kita teringatkan perkara yang melucukan dan perkara nakal yang pernah dibuat waktu sekolah dulu. Bergelak ketawa dengan kawan-kawan, rapat dengan guru dan aktif dalam sukan sudah tentu menjadi memori yang selalu kita ingat.
Namun lain yang jadi kepada pelajar di Kempas, Johor Bahru apabila menjadi 'punching bag' sekumpulan pelajar gara-gara baling pemadam kepada salah seorang rakan sekelas. Tidak berpuas hati dengan perbuatan tersebut, sekumpulan pelajar bergaduh selepas sesi persekolahan di depan sekolah.
"Yang kenanya sorang, tapi bawa geng bantai sorang budak. Tak jantan". Itu antara komen netizen yang mengecam perbuatan tersebut kerana dianggap pengecut kerana ajak geng bergaduh.
Pergaduhan yang terjadi pada jam 3.40 petang itu menyebabkan beberapa pelajar mengalami kecederaan dan lebam di bahagian kaki dan tangan. Namun kecederaan yang dialami mangsa agak serius dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh, pihaknya telah menerima laporan bersabit kes beberapa pelajar sekolah bergaduh akibat perselisihan faham sehingga mendatangkan kecedaraan.
Gambar-gambar pelajar sekolah yang cedera teruk tersebar sejak semalam mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang geram, marah dan tak kurang juga ada kesiankan nasib-nasib pelajar tersebut apabila masuk ke sekolah juvana.
Melihatkan keadaan pelajar-pelajar yang bergaduh sampai bermandikan darah teruk juga pergaduhan tu. Semestinya tragedi begini terpahat dalam memori dan mimpi ngeri mereka apabila menyedari pergaduhan ini merupakan masalah disiplin yang besar dan boleh beri kesan pada masa depan.
Min nasihatkan kepada adik-adik dan semua, jika perkara boleh bincang bawalah berbincang dan jangan terus bantai orang sambil bawa geng. Bukan setakat diri sendiri susah, nama mak ayah dan sekolah juga terpalit sekali dek benda remeh macam ni. Tak pasal-pasal dah jadi kes polis.