Video Murid Adu Tenaga Di Sekolah, Polis Tunggu Laporan

TERKINI
January 18, 2023 - 06:28 PM


Viral sebuah video berdurasi 23 saat yang memaparkan seorang pelajar lelaki dipukul dan ditumbuk rakan sebayanya, dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa.

Ketika kejadian, mangsa dilihat cuba mempertahankan diri daripada serangan tiga pelajar lain, manakala beberapa lagi pelajar lain berpakaian seragam sekolah turut menyaksikan insiden tersebut.

Mangsa tidak membalas serangan berkenaan, sebaliknya hanya cuba untuk mempertahankan diri dalam serangan itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu dan pihak sekolah mungkin akan menghubungi ibu bapa mereka yang terlibat pada Rabu untuk membincangkan perkara tersebut.

Sementara itu, pengguna di laman media menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan supaya kejadian seperti itu tidak berulang.

Ada juga pihak yang menggesa ibu bapa mangsa untuk membuat laporan polis kerana kes sedemikian tidak boleh dibiarkan selain turut menyuarakan kebimbangan terhadap si pembuli yang mungkin membesar menjadi seorang samseng jika tingkah laku itu tidak dihentikan. 

Destination: