"Susah Jadi Perempuan Ni" - 3 Wanita Jadi Mangsa Cabul Lelaki OKU Dalam Masa Sehari

TERKINI
June 27, 2023 - 11:43 AM


Satu rakaman CCTV viralSeorang lelaki dipercayai kurang siuman dan penagih dadah ditahan polis selepas disyaki mencabul tiga wanita di sekitar pekan Tuaran, baru-baru ini.

Lelaki berusia 29 tahun berkenaan yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kategori kurang upaya mental ditahan kira-kira jam 3 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, tangkapan dibuat berdasarkan laporan polis oleh tiga wanita berusia 15 hingga 31 tahun yang mengatakan telah dicabul suspek.

“Kesemua mangsa mengatakan pada 24 Jun, kira-kira jam 1 tengah hari hingga 4 petang bertempat di pekan Tuaran, seorang lelaki yang tidak dikenali telah mencabul kesemua mangsa dan ada juga dikalangan mangsa mengalami kerugian wang tunai kerana dilarikan suspek.

“Hasil siasatan awal di kalangan mangsa mengatakan, suspek telah datang secara tiba-tiba memeluk mangsa dari arah belakang dan mencabul mangsa.

“Selain itu, suspek juga bertindak agresif merampas beg tangan dan terus melarikan diri menyebabkan mangsa mengalami kerugian wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Noraidin, selepas tangkapan dibuat terhadap suspek, ujian saringan awal air kencing juga mendapati dia positif dadah.

Siasatan juga ujarnya mendapati suspek tidak siuman dan merupakan pesakit yang berdaftar di Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu dan baru tiga hari dikeluarkan daripada hospital terbabit.

“Siasatan juga mendapati suspek tidak siuman dan seorang penagih dadah,” katanya.

Destination: