Bekas Polis Jadi Dalang Tembakan Rambang Di Taska, 23 Kanak-kanak Maut

TERKINI
October 06, 2022 - 05:19 PM


LEBIH 30 maut dalam serangan tembakan rambang di sebuah taska di daerah Nong Bua Lamphu, di Thailand pada Khamis.

Menurut Mejar Jeneral Polis Achayon Kraithong, penyerang melepaskan tembakan pada tengah hari Khamis di tengah bandar berkenaan.

Tambah beliau, mangsa yang terkorban termasuk kanak-kanak dan dewasa. Susulan insiden berkenaan, penyerang dilaporkan membunuh diri selepas menembak anak dan isterinya sendiri. Menurut media beliau juga merupakan bekas anggota polis

Seorang jurucakap pejabat hal ehwal awam berkata, 26 kematian disahkan setakat ini, termasuk 23 kanak-kanak, dua guru dan seorang pegawai polis.

Destination: