Bella Astillah Hari-Hari Mimpi Ular Dan Selalu Sakit, Ini Maksud Sebenar Menurut Islam

TERKINI
December 05, 2022 - 12:11 PM


November lalu, pelakon Bella Astillah dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan di Ampang kerana mengalami sakit kepala yang teruk.

Hasil pemeriksaan, doktor mendapati ada cecair di bahagian dahi kanannya dan dia perlu bergantung kepada ubat tahan sakit. Tapi kalau tak baik juga, Bella dinasihatkan untuk menjalani pembedahan.

Terbaru, menerusi temubual bersama Melodi, isteri kepada Aliff Aziz ini menjawab kemungkinan dia terkena ilmu sihir disebabkan kerap jatuh sakit.

Menurut Bella, sejak kebelakangan ini dia selalu kurang sihat dan tak boleh bekerja seperti biasa. Dia tiba-tiba sakit, tak ada suara dan rasa tak boleh buat persembahan. 

Benda tu on off on off tak sihat-sihat. Kita tahu diri kita jadi lain. Kuat marah-marah.

Anak keduanya juga setiap hari akan menangis, jerit-jerit dan meracau pada tengah malam. Bila check dengan doktor, anaknya tak ada sebarang masalah kesihatan membuatkan dia ikhtiar dengan rawatan Islam.

Setiap hari Bella mimpi, Bella mimpi ular. Bella mengadu dengan mama, “Kak Long mimpi ular lagi”. Mama kata, “kalau mimpi ular orang belum kahwin maksudnya ada orang nak meminang. Tapi Kak Long dah kahwin”.

Tidak Semua Mimpi Ular Berkait Sihir, Ada Juga Diberikan Rezeki, Pangkat Termasuk Bertemu Jodoh

Ramai menafsirkan jika mimpi ular, ia berkait dengan ilmu sihir yang dihantar seseorang. Namun tafsir mimpi berkait ular ini sebenarnya memberikan tafsiran berbeza termasuk memperoleh pangkat, kuasa, kekayaan, harta benda, rezeki, jodoh dan banyak lagi. Penjinak ular berpengalamanan atas nama MijiSnakeMaster berkongsi tafsiran mimpi berkaitan ular.

MIMPI ULAR

Seringkali juga saya ditanya oleh orang awam dan rakan-rakan tentang tafsir mimpi berkaitan ular. Oleh kerana saya berkecimpung secara langsung dalam bidang ini maka ada jugalah saya kaji dan belajar bab ni.

Dalam Islam mimpi bertujuan untuk mengukur tahap kejujuran seseorang. Semakin jujur seseorang maka semakin benar mimpinya. Namun tetap ada mimpi mainan tidur atau godaan jin dan syaitan. Ada juga mimpi kerana asyik teringat-ingat. Sehingga hari ini saya belum pernah bermimpi ular. Hehe.

Mengikut Ibn Sirin yang merupakan seorang pentafsir mimpi terkenal dalam kitabnya Tafsir Al-Ahlam  mengkelaskan mimpi kepada dua (2) iaitu mimpi yang tidak perlu ditafsir kerana sudah nyata, dan mimpi yang perlu ditafsir kerana ada simbol yang perlu dihuraikan.

 "Dalam kes mimpi "Ular" ia perlu tafsiran. Dalam bahasa Arab ular disebut "Hayyah Tafsir ular dalam mimpi membawa beberapa simbol seperti harta, anak, negara, musuh (benda jahat), wanita, dan sumber kehidupan yang lain.

Antara mimpi yang selalu wujud dan dihuraikan dalam kitab tersebut ialah:

1. Melihat ular besar : Jika tiada perasaan takut saat melihatnya bermakna kita akan beroleh kekuasaan, kekuatan, pangkat, dan seangkatan dengannya. Mimpi ini juga membawa maksud kita akan mendapat rezeki dari sumber yang tidak dijangka.

2. Ular masuk rumah : membawa maksud kita perlu berwaspada kerana ada sesuatu yang tidak baik cuba mengganggu hidup kita. Namun ada tafsiran mengatakan kita akan menerima kehadiran seorang tetamu yang membawa khabar baik.

3. Berjaya tangkap ular : Berkait dengan mimpi ke (2), bermaksud kita akan beroleh keuntungan atau kebaikan daripada orang yang berbuat jahat itu. Mimpi ini juga membawa maksud kita akan mendapat harta atau pangkat.

4. Ular keluar dari salur kencing : membawa maksud kita akan dikurniakan rezeki atau anak.