Berapa Bang Modal Nak Buka Bisnes Frozen Ni? Pemuda Ini Kongsi Peti Kosong Saja Dah 60K
TERKINIBerniaga sendiri mempunyai banyak kelebihan selain jika kena caranya, keuntungan yang diperolehi boleh jadi berlipat kali ganda lebih tinggi daripada modal yang dikeluarkan. Bila sebut tentang modal, sebenarnya ia adalah salah satu punca kenapa angan-angan kebanyakan orang untuk mula berbisnes hanya tinggal angan-angan sahaja.
Setiap perniagaan yang bermula dari bawah, biasanya memakan modal yang tinggi seperti kos membeli atau menyewa tapak kedai, membeli bekalan stok dan kos buruh yang lain lagi.
Menerusi video yang dikongsi oleh seorang usahawan yang dikenali sebagai @ezany_yusry di Tiktok, dia berkongsi modal yang dikeluarkan bagi perniagaan sejuk beku miliknya.
Di dalam video tersebut, dia berkongsi kos-kos yang perlu dikeluarkan untuk membeli pelbagai perlatan serta produk sejuk beku yang hendak dijual.
@ezany_yusry Replying to @adly burhanuddin ♬ original sound - Ezany Yusry
Katanya lagi, harga sebiji peti ais yang ditempatkan di kedai tersebut adalah RM 2,400. Dia memiliki sebanyak 25 biji peti ais menjadikan kos keseluruhan yang perlu dikeluarkan sekitar RM 60,000. Namun katanya, kos berkenaan tidak termasuk dengan kos mendapatkan bekalan jualan.
Antara produk yang ada di kedainya ialah bahan mentah sejuk beku seperti ayam, daging, nuget, kuih-muih sejuk beku dan lain-lain dari pelbagai jenis jenama.
Sebuah peti ais mampu mengisi, contohnya, sebanyak 200 kilogram produk daging sejuk beku. Harga sekilogram produk berkenaan adalah RM 50 menjadikan kos bekalan bagi satu peti ais adalah RM 10,000.
Bukan itu sahaja di kedainya turut terdapat terdapat pelbagai jenis sos dan rempah ratus. Malahan beliau turut mengeluarkan produk jenama sendiri iaitu Karipap Azizah yang terdapat di kedainya.
Rata-rata netizen kagum dengan pemuda tersebut dan memuji kedainya yang bersih dan tersusun rapi. Walaupun tidak mendedahkan kos keseluruhan yang dikeluarkan, namun pengikutnya tidak melepaskan peluang untuk meneka jumlah kos tersebut.
Dalam satu balasan kepada komen yang dibuat pengikutnya, usahawan berkenaan menjelaskan bil elektrik yang perlu dijelaskan setiap bulan bagi unit kedai berkenaan adalah melebih RM 2,000.
Semoga perkongsian yang dibuat pemuda berkenaan mampu memberi sedikit gambaran sekiranya anda berminat terlibat dalam perniagaan sejuk beku.