'Bergetar Ovari' Tengok Tyo Dewa19 - Drummer Paling Kacak Walaupun Umur Dah 52 Tahun!

TERKINI
September 12, 2022 - 05:08 PM


Selepas sekian lama dinantikan oleh peminat Dewa 19 di Malaysia, akhirnya orang ramai dapat mengubati rindu kerana baru-baru ini  kumpulan tersebut mengadakan konsert Anniversary Tours 30 Years Of Dewa 19 dengan dihadiri pula ribuan penonton.

Tentu sahaja di media sosial, video-video kumpulan tersebut yang dibarisi lima penyanyi iaitu Ahmad Dhani, Virzha & Tyo Nugros, Ello, Ari Lasso dan Once Mekel menjadi tumpuan di media sosial yang mana dikongsikan oleh penonton.

Namun begitu, seorang drummer yang dikenali sebagai Tyo Nugros ternyata hangat diperkatakan orang ramai disebabkan rata-ratanya terpikat dengan kekacakannya.

@tyraramdzan He is 52 and he is Mas Tyo Nugros ❤️ #dewa19 #dewa19konsert30tahun #dewa19kualalumpur #dewa19malaysia #tyonugros #drummer ♬ Sedang Ingin Bercinta - Dewa 19

Meskipun difahamkan berusia 52 tahun, drummer ini hangat diperkatakan oleh warganet selepas tidak hanya satu malah terdapat lebih dari dua video yang memaparkan kelakuannya ketika di konsert Anniversary Tours 30 Years Of Dewa 19.

@arrysha__ Tyo Nugros 🥺🥺🥁 #dewi19 ♬ original sound - summer ꨄ

Manakala, terdapat satu momen dimana Tyo Nugros memandang ke arah skrin besar menyebabkan semakin tidak keruan peminat melihatkan kekacakannya sehingga di media sosial sejak akhir-akhir ini dihujani dengan video-videonya pula.

@theoboreee Sekarang vs dulu 🔥 #dewa19 #TyoNugros ♬ Glimpse of Us - Joji

Video-video yang dikongsikan itu bagaimanapun tidak sekadar diberikan ribuan tanda suka malah juga ditinggalkan ratusan reaksi yang mana wajah awet muda Tyo Nugros turut menjadi perbualan diruangan komen disamping ada juga yang tertanya-tanya rahsia drummer kumpulan tersebut.

@annebelleeee Walaupun dah 50-an ye kawan kawan #dewa19 #dewa1930thanniversaryliveinkl #tyonugros #tyo #drummer #dewa19livekualalumpur ♬ Sedang Ingin Bercinta - Dewa 19

LATAR BELAKANG TYO DARIPADA SUMBER WIKIPEDIA

Setyo Nugroho atau lebih dikenali sebagai Tyo Nugros. Dilahirkan pada 21 Disember 1970 di Jakarta, Indonesia.

Beliau dikenali sebagai pemain drum kumpulan Dewa 19. Sebelum Dewa 19, Tyo merupakan pemain drum bagi kumpulan Getah.

Tyo secara rasmi meninggalkan kumpulan Dewa 19 pada awal 2008 akibat menderita sakit pada kakinya yang menyebabkan dia tidak dapat bermain drum untuk jangka waktu lama dan digantikan dengan pemain drum yang baru, Agung.

Tyo pernah bercinta dengan penyanyi Audy dan pelakon Alexandra Gottardo dan kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang Arkitek Indonesia bernama Dee Adnan.

 

 

Destination: