Berhenti Bermain Kuiz Di Facebook Atau Data Peribadi Anda Mungkin Terdedah!

TERKINI
March 23, 2018 - 11:52 AM


Jika korang perhatikan, setiap hari akan ada kawan-kawan anda akan berkongsi keputusan kuiz mereka seperti “jodoh pasangan artis anda”, ataupun “siapa jodoh anda” dan sebagainya.  

Salah Satu Contoh Kuiz Di FB...

Kuiz ini sememangnya menarik perhatian dan klik, secara tidak langsung korang pun akan terikut-ikut untuk menjawab kuiz yang sama. Hakikatnya, melalui kuiz-kuiz inilah data dan maklumat peribadi anda jatuh kepada pihak ketiga.

Kalau korang fikir nak marah, nanti dulu! Korang yang bagi kebenaran kepada mereka sebenarnya. Cuba ingat balik, setiap kali sebelum korang menjawab soalan-soalan kuiz, ia pasti akan mintak kebenaran untuk melihat wall Facebook, dan lain-lain maklumat.

Tapi disebabkan korang terlalu ingin jawb kuiz tersebut, maka korang pun tanpa membaca apa data yang mereka minta, korang selalunya akan klik ‘YES’.

Kebiasaanya, ini soalan mereka “are you sure you want to allow [nama aplikasi] ? This app will can go through your profile, likes, address, photos and friends list”.

Sebaik sahaja korang menekan butang YES tersebut, maka segala data peribadi termasuklah rakan-rakan anda akan masuk ke pangkalan data syarikat yang mengeluarkan kuiz tersebut.

Setakat ini, sebanyak 50 juta data pengguna Facebook dikatakan telah bocor dan setakat ini pengguna di Malaysia masih belum diketahui jumlah yang terlibat.