Betul Ke Pemandu BMW Ni Kebanyakkannya Biadap Atas Jalanraya??

TERKINI
January 12, 2018 - 01:20 PM


Ada kawan yang jenis poyo, biadap dan seangkatan dengannya? Dia bawak BMW tak? Kalau ye, betullah survey yang dibuat dekat Britain ni.

Menurut satu kajian dan survey yang dilakukan di Britain, dikatakan lebih daripada separuh, lebih tepat lagi sebanyak 56 peratus pemandu kereta BMW  adalah pemandu yang agak biadap di atas jalanraya.

Kedua pula pemilik Range Rover dan ketiga adalah pemilik atau pemandu Audi TT. Dalam kajian yang dijalankan oleh One Poll Study, dikatakan hampir kesemua pemilik dan pemandu kereta-kereta yang disebut diatas menepati stereotype yang ada.

Menurut jurucakap Vantage Leasing iaitu James Buttrick, tepat atau tidak tetapi jenis kenderaan yang dipandu sedikit sebanyak menunjukkan personalii seseorang serta sikap mereka diatas jalanraya.

Macam mana pemandu BMW sekalian? Betul ke tidak? Jangan marah ha…

 

Sumber : Unilad