"Biasa Gaduh Bawa Kayu Baseball, Ni Bawak Buaya!" - Pelajar Bergaduh, Buaya Jadi Senjata

TERKINI
September 28, 2022 - 05:05 PM


Insiden pergaduhan di sekolah ni memang akan berlaku. Biasalah, darah muda semua benda nak digaduhkan. 

Namun apa yang berlaku di negara jiran, Indonesia amat mengejutkan. Seorang remaja yang terlibat dalam  insiden pergaduhan di Duren Sawit, Jakarta Timur melempar seekor anak buaya ke arah kumpulan lawan bagi dijadikan ‘senjata.

Berdasarkan video yang viral di media sosial Indonesia, rakaman CCTV memaparkan aksi pergaduhan dalam kalangan beberapa remaja.

Pada klip video seterusnya, pemuda terbabit dirakam menggendong anak buaya tersebut ketika dibawa ke balai polis.

Ketua Polis Duren Sawit, Komisioner Polis Marbun mengesahkan bahawa terdapat seorang pelajar sekolah menengah yang membawa anak buaya ketika bergaduh sesama mereka.

Menurutnya, polis telah merampas reptilia itu dan menyerahkannya kepada pihak yang berkaitan. “Semua pelajar yang terlibat pula telah ditahan dan dibawa ke balai polis. Seramai 11 orang ditahan,” kata Marbun

Destination: