BOH Raikan Ulang Tahun Ke – 90 Dengan Pembukaan Tristan’s Terrace Di Sungei Palas

TERKINI
July 25, 2019 - 12:22 PM


Pusat Teh BOH di Sungai Palas, baru – baru ini menerima ‘ahli’ baru sempena ulang tahun ke – 90 syarikat penanam teh terbesar di Malaysia. “Tristan’s Terrace” yang dinamakan sempena Pengerusi BOH yang telah berkhidmat selama 53 tahun ini telah dilancarkan dan dirasmikan oleh YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Perasmian sayap baharu di Pusat Teh BOH Sungai Palas ini dalam masa yang sama, turut meraikan ulang tahun ke-90 BOH dengan tema 90 Tahun Penuh Ummph!

Direka untuk berintegrasi dengan lanskap semulajadi tanah tinggi, Pusat Teh Sungei Palas sebenarnya dibina pada 2007 sebagai pusat Teh setempat dengan seni bina kontemporari dan menjadi tarikan para pelancong.

Salah satunya semestilah balkoni ‘tergantung’ yang dikenali sebagai J.A Balkoni yang juga merupakan café serta menjanjikan pemandangan yang sangat indah kebun teh BOH.

Selain café, pusat Teh setempat ini membolehkan pengunjung mengalami dan mendalami proses pembuatan teh dan sehingga hari ini, pusat ini menerima ribuan orang pengunjung setiap hari.

Pelancaran Tristan’s Terrace ternyata membolehkan Pusat Teh Sungei Palas untuk mengalu-alukan lebih ramai pengunjung setiap hari dengan penambahan sekitar 200 tempat duduk.

Menceritakan tentang signifikasi nama Tristan’s Terrace, Caroline Russel selaku Penerusi BOH Plantations mengatakan ianya adalah sangat istimewa dan bermakna kepada BOH dan dirinya sendiri kerana ayahnya (Datuk Tristan Russell) digelar sebagai Tea Connoisseur Extraordinaire dan individu yang sangat sinonim dengan jenama BOH.

Dengan perluasan Pusat Teh Sungei Palas, lawatan ke pusat teh ini akan memberikan pemahaman yang menarik kepada pengunjung tentang penanaman teh di Malaysia. BOH dalam masa yang sama akan memainkan peranan dalam industri eko-pelancongan di Cameron Highlands.

Pusat Teh BOH Sungei Palas dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Masuk adalah percuma dan selain menikmati minuman teh di sini pengunjung boleh melawat sambil belajar yang akan dijalankan setiap 30 minit.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.bohtea.com