Bola Paling Tahan Lasak Di Dunia : One World Futbol

TERKINI
October 16, 2017 - 11:16 AM


Percayakah anda, dengan sebiji bola ini, anda mampu mengubah kehidupan ratusan malah ribuan kanak-kanak dan pelarian di dunia…?

Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak gemar untuk bermain dan mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat bermain. Walaupun kadang-kadang tempat yang ada tu tak sesuai untuk dijadikan tempat bermain.

Contoh senang, kalau dekat Malaysia, pernah nampak budak main bola pakai penutup botol? Nampak, bila dah tak ada bola, apa – apa pun boleh dijadikan bola.

Disebabkan kemahuan bermain inilah mendorong Tim Jahnigen, iaitu pereka One World Futbal ini. Mendapat idea yang bernas setelah menonton klip berita berkenaan mangsa trauma di Darfur di mana kanak-kanak disana menggunakan bola buatan tangan yang menggunakan sampah dan tali sahaja.

Oleh itu, beliau telah mencipta bola ultra-tahan lama untuk membawa bolasepak kepada beratus-ratus juta kanak-kanak dan remaja yang tidak mempunyai akses kepada sesuatu yang semudah seperti sebiji bola di seluruh dunia.

Pada tahun 2010, Projek One World Futbol ditubuhkan sebagai Perbadanan B. Dengan bantuan Penaja iaitu Chevrolet. Dengan jaringan global yang ada, mereka telah mengedarkan lebih dari 1 juta bola kepada komuniti di seluruh dunia.

Kenapa bola ini boleh bentu mereka ini? Bola ini tidak akan pancit, tidak rosak dan boleh dimainkan atas apa sahaja jenis permukaan.

Lihat sahaja video ini :

Jika anda berminat untuk membantu dalam projek ini, anda boleh ke laman web One World Play Project dan berilah peluang kepada kanak-kanak yang tidak berkemampuan di serata dunia nikmat bermain dengan bola ini.

Sebiji bola boleh diberikan dengan harga 23 Euro dan anda juga boleh membeli satu sambal berikan satu kepada kanak-kanak yang tidak bernasib baik dengan harga 39 Euro.

 

Sumber : Website | One World Play Project