Boleh Jer Buat Majlis Kesyukuran Tapi Pengantin Lelaki Ini Memilih Bersanding Seorang Diri Demi Content?

TERKINI
November 14, 2022 - 04:32 PM


Demi content untuk dapatkan perhatian, orang ramai sanggup buat apa sahaja walaupun ianya nampak bodoh.

Terbaharu tular sebuah video di laman TikTok apabila seorang pengantin lelaki terpaksa bersanding seorang diri kerana pengantin perempuan dimasukkan ke hospital.

Video sedih yang dimuat naik oleh @syaf0311 dalam akaun TikTok miliknya itu menunjukkan pengantin lelaki terpaksa bersanding sendirian dan makan beradab tanpa ditemani isteri di sampingnya.

Difahamkan, pasangan mempelai itu telahpun bernikah pada bulan September tahun lepas namun terpaksa menunggu setahun untuk bersanding kerana pengantin lelaki berkhidmat sebagai penjawat awam.

@syaf0311

pahit untuk ditelan ❤️‍🩹

♬ only love can hurt like this - favsoundds

Namun begitu, penulis berpendapat boleh sahaja majlis tersebut dijadikan majlis kesyukuran tanpa perlu bersanding seorang diri. Walaupun set pelamin dan lokasi telahpun ditempah awal seakan tidak bermakna untuk berada di atas pelamin seorang diri. Ianya bagaikan mempermainkan adat budaya sang mempelai. Namun, kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Apa yang dibuat oleh pengantin lelaki boleh dikatakan sangat berani, tak ramai lelaki yang sanggup ambil keputusan macam ni. Penulis pun kecut perut duk atas pelamin walau ditemani bekas isteri satu ketika dahulu, ini pula nak duduk sorang-sorang atas tu. Harap kesedihan bro hari ini digantikan dengan kebahagian di masa akan datang.

Apapun kami doakan semoga pasangan ini berkekalan hingga akhir hayat dan semoga isteri diberi kesihatan.