'COD' Pengantin Lelaki Dalam Kotak Sebelum 'Unboxing' Di Rumah Bakal Isteri. Unik Tema Kahwin Mempelai Ni!
TERKINIIngatkan beli barang atau makanan je ada konsep COD atau 'cash-on-delivery'...
Sekali nak bernikah pun pengantin lelaki dihantar ke rumah pengantin perempuan menggunakan cara penghantaran seakan COD, siap dibungkus dalam kotak lagi!
Kedengarannya lucu tetapi itulah yang benar-benar berlaku kepada sepasang mempelai dari Bogor, Indonesia ini apabila tema unik hari bahagia mereka viral di media sosial.
Manakan tidak apabila pengantin lelaki tersebut yang 'dibungkus' di dalam kotak besar diarak oleh rakan-rakannya ke lokasi rumah pengantin perempuan.
Lebih menarik perhatian, rakan-rakan pengantin lelaki tersebut juga mengenakan pakaian seperti penghantar barang atau rider, siap bertopi keledar.
Sebaik saja dia tiba di rumah pengantin perempuan, kotak tersebut dibuka sebelum pengantin bersiap sedia untuk acara ijab kabul.
Sungguhpun tema tersebut boleh dikatakan agak luar biasa dan unik, namun upacara pernikahan pasangan berkenaan berjalan dengan lancar.
Selepas selesai ijab kabul, pasangan berkenaan kemudian bergambar bersama rakan-rakan dan tetamu yang hadir ke majlis berkenaan.