"Buang Tebiat!" - Demi Ukuran Tepat, Remaja Masukkan 2 Kabel USB Dalam Alat Sulit

TERKINI
November 09, 2022 - 06:18 PM


Pada usia remaja, mesti kita pernah timbul satu perasaan di mana ingin mencuba pelbagai perkara tanpa berfikir panjang. Tanpa disedari, ia mungkin meninggalkan kesan yang buruk kepada kita.

Buang tebiat, satu ungkapan yang sesuai terhadap seorang remaja lelaki Britain terpaksa menanggung derita apabila dia bertindak memasukkan dua kabel USB ke dalam kemaluannya demi melakukan eksperimen seks.

Difahamkan, remaja yang berusia 15 tahun itu bertindak di luar jangkaan kerana mahu mengukur kepanjangan zakarnya dari bahagian dalam telah mengundang padah buruk kepada dirinya.

Bagaimanapun, perbuatan anehnya itu telah menyebabkan wayar USB tersebut telah tersangkut dan tersimpul di dalam kemaluannya yang menyebabkan dia perlu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada tahun lalu dan didedahkan menerusi Science Direct. Doktor yang merawat remaja tersebut menjelaskan remaja tidak mempunyai sebarang rekod masalah mental dan mempunyai akal dan tubuh badan yang sihat serta normal.

Lebih ngeri dan ngilu, sebatang besi turut digunakan tetapi tidak berjaya dan akhirnya dia terpaksa memotong bahagian antara kemaluan dan dubur untuk mengeluarkan wayar berkenaan.

Destination: