"Bukan Kat Malaysia Je, Hyde Park Pun Bahaya!" - Ride Slingshot Gagal Berlepas, Dua Pemuda Nyaris Maut

VIRAL
December 15, 2022 - 04:06 PM


Baru-baru ini, satu kejadian yang tidak diingini berlaku di satu fun fair yang terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam. Dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas terjatuh daripada satu permainan "sotong ride". Insiden tersebut juga bukan yang pertama kali berlaku di negara.

Namun, jangan sangka jika anda melancong ke luar negara, insiden seperti itu tidak akan menimpa anda. Antara lokasi tumpuan jika melancong ke London adalah Hyde Park, lebih-lebih lagi menjelang Hari Krismas!

Antara tarikan yang dinantikan di taman itu sudah tentunya Winter Wonderland. Pelbagai aktiviti dan permainan disediakan untuk pelancong termasuk permainan ekstrim, Slingshot! Niat dua orang pemuda untuk berseronok bertukar menjadi mimpi ngeri.

Satu permainan yang patut meninggalkan rasa teruja bertukar menjadi trauma apabila slingshot tersebut gagal melancarkan mereka dengan sempurna dari platform. Berdasarkan video, salah satu tali yang mengikat permainan tersebut gagal berfungsi dengan baik

Nasib menyebelahi mereka kerana salah satu tali tidak putus. Namun, apa yang berlaku sekaligus membuat netizen untuk fikir dua kali apabila ingin mencuba permainan tersebut.

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video