Bukan PPIM Beri Duit RM70 Ribu Bantu Doktor Palsu!

VIRAL
October 11, 2017 - 11:46 AM


Baru-baru ini seorang doctor gigi palsu telah didakwa di mahkamah atas sebab menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah. Dia kemudiannya diarah untuk membayar RM 70,000 kerana kesalahan tersebut.

Susulan pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan itu, Nur Farahanis akan didenda RM70,000 atau dipenjara enam bulan jika gagal membayarnya oleh Mahkamah Sesyen Melaka. Kegagalan membayarnya menyebabkan tertuduh boleh dibawa ke penjara.

Sebaik sahaja kes ini viral, tiba – tiba nama PPIM, yang sebelum ni viral membantu golongan yang tertindas disebut-sebut oleh netizen telah naik apabila dikatakan terdapat pihak yang adakan fundraising untuk mendapatkan RM 70 ribu tersebut untuk membantu doctor palsu ini.

Siapa tak marah kalau kita back-up orang yang salah, betul tak? Macam tu jugak yang diterima PPIM. Sejak viral yang diorang ni buat fundraising, memang kena kecam teruk di FB PPIM oleh keyboard warrior. Hehe..

Sebenarnya kenapa PPIM bantu? Ke Bukan PPIM sebenarnya?

Menurut kenyataan media yang dipetik melalui akaun FB PPIM sendiri, mereka menegaskan sebenarnya bukan mereka yang mengadakan fundraising tu, tetapi PPEIM iaitu Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia.

Anda boleh baca petikan kenyataan itu sediri…

Nampaknya, sejak nama PPIM popular bongkarkan pelbagai kes penipuan, macam ada pihak nak jatuhkan dan tak suka dekat mereka ni…

Apa kata anda?

 

Sumber : FB | PPIM

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video