Cuaca Panas dan Kering Berlarutan Sehingga Pertengahan September – MET Malaysia

PANAS
August 14, 2018 - 12:22 PM


Beberapa minggu kebelakangan ni, negara kita  boleh dikatakan mengalami ‘panas melampau’ yang mana cuaca lagi panas daripada biasa dan kering. Kalau nak diikutkan, bacaan suhu hari ini (14 Ogos) mencecah 35 darjah Celsius di Kuala Lumpur.

Menurut laporan kaji cuaca jangka masa panjang Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), cuaca panas dan kering ini akan berlanjutan sehingga pertengahan September.

Menurut petikan laporan tersebut, fasa Monsun Barat Daya sedang mendominasi dan sepanjang monsoon ini yang akan berakhir pada pertengahan September nanti, keadaan cuaca yang panas dan kering cenderung berlaku.

Sementara itu di Pantai Barat, hujan lebat, ribut petir serta angin kencang boleh berlaku. Kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia akan menerima hujan pada paras normal kecuali di beberapa tempat di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, WPKL dan Putrajaya yang dijangka menerima hujan yang sedikit di bawah paras normal.

Cuaca akan kembali seperti biasa pada pertengahan September dan banyak kawasan akan mulai hujan pada Oktober. Jadi, Oktober nanti, sediakan payung, standby baju hujan untuk yang naik motor tu.

Oh, musim panas ni, banyakkan minum air kosong ye, kalau boleh kurangkan aktiviti luar.