"Cuba Troll Bahasa Malaysia, Tapi Salah!" - Wanita Indonesia Ini Jadi Bahan Ketawa Dan Kecaman Netizen

TERKINI
December 13, 2022 - 12:58 PM


Hubungan Malaysia dan Indonesia ni dah macam adik-beradik. Sering mengusik antara satu sama lain. Namun setiap gurauan ada hadnya, tak semua benda boleh dijadikan bahan jenaka.

Baru-baru ini, seorang wanita Indonesia memuatnaik satu video di TikTok dimana dia cuba membuat perbandingan antara Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Ternyata, susulan dari video tersebut dia dikecam hebat oleh netizen Malaysia.

Dengan gerak tubuh yang seperti mengejek dan bergelak tawa, netizen Malaysia memang tak bagi muka. Bukan sahaja perbandingan yang dibuatnya itu salah, bahkan seperti tiada rasa hormat terhadap bahasa kebangsaan kita.

Ada juga netizen yang memerli sama ada dia menggunakan google translate secara terus kerana info yang diberikan bukan sahaja tidak tepat, bahkan ada menggunakan Bahasa Indonesia

Destination: