"Curi Belah Kiri Je?" - Gadis Resah Tayar Kereta Kena Curi, Tak Dapat Balik Rumah

TERKINI
August 04, 2023 - 05:40 PM


Siapa je tak risau-kan bila kenderaan kita dicuri, tambah panik bila ia dicuri jauh daripada rumah kita. Memang tersidai kita kat situ, tak dapat pergi mana-mana. 

Itu kalau kenderaan, ada juga yang mencuri beberapa bahagian kereta untuk kegunaan sendiri. Contohnya ada yang mencuri side mirror, bumper, spoiler atau sport rim. Tinggal dekat tempat gelap atau jauh dari orang, memang menakutkan.

Itu yang terjadi kepada seorang gadis yang baru saja pulang dari kerja. Dia panik kerana dua biji tayarnya dicuri di tempat parkir kereta dan tak mampu untuk bergerak ke rumah.

Daripada video tersebut kedengaran suara gadis itu menggeletar dan buntu apa yang harus dia lakukan. Keretanya betul-betul di tengah kawasan parkir dan menambahkan lagi ketakutannya apabila kawasan tersebut tiada kereta lain serta gelap.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Yang bertambah lucu, kedua-dua rim itu cuma dicuri di bahagian penumpang belah kiri sahaja dan susah untuk tunda jika menggunakan lori tunda yang hanya mengangkat bahagian depan kereta. 

Dalam ruangan komen ramai yang memberi nasihat dan pandangan peribadi jika beberapa bahagian kereta dicuri.

"Kakak ajar satu doa ya to Muslims, pagi sebelum keluar pergi kerja baca, malam sebelum tidur baca. Repeat everyday supaya Allah lindungi kita dari segala jenis kemudaratan. Doanya: Bismillahilladzi layadhurru ma'asmihi syai'un fil ardhi walafissama'i wahuwassamiul adzim.

"Maksudnya: Dengan nama Allah S.W.T yang bersama nama-Nya itu apa-apa sahaja di bumi atau di langit tidak boleh memberi mudarat dan Dialah zat yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui' (Hadith riwayat Abu Daud)" nasihat Kiqa Razif kepada semua.

"Nasihat saya kepada semua yang baru beli kereta, keluar je kereta terus pergi kedai tayar kata nak tukar locknut/specialnut. Susah sikit dorang nak curi. Still boleh dicuri cuma menyusahkan dorang-lah" komen AizatZulman.

Namun ada juga beberapa individu yang menyalahkan pemandu wanita ini kerana memakai sport rim yang mahal, padahal jika dilihat dalam video tersebut, rim yang digunakan adalah yang asal.

Ramai rakyat Malaysia prihatin akan kejadian tersebut dan ada yang tawarkan rim keretanya kepada gadis berkenaan.

Bila bawa kereta ni, ada saja risiko hilang atau rosak. Tengok macam min, pergi balik kerja naik pengangkutan awam je dan tak perlu fikir pasal hilang atau rosak.