Dah Boleh Mula Mohon & 'Update' BRIM 2018 Bermula Hari Ni!

TERKINI
November 27, 2017 - 03:36 PM


Korang dah kemas kini BRIM 2018 masing-masing? Kalau belum, baik korang mulakan segera memandangkan pendaftaran BR1M 2018 bermula pada 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017 (tertakluk kepada pindaan).

 

Bagi yang belum memohon dan ingin mengemas kini maklumat BRIM 208, boleh ikut panduan yang diberikan:

 

Permohonan / Kemas Kini Secara Online

 

1) Layari laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ dan klik pada butang PERMOHONAN BARU untuk yang belum pernah mendaftar atau KEMAS KINI PERMOHONAN untuk yang pernah menerima BR1M sebelum ini

 

2) Sila masukkan No kad pengenalan / MyKad anda pada ruangan yang disediakan dan klik pada butang HANTAR.

 

3) Selepas itu anda akan diminta untuk menjawab SOALAN KESELAMATAN pada ruangan disediakan. Sebanyak dua soalan keselamatan perlu anda jawab dan soalan tersebut berdasarkan maklumat peribadi anda.

 

4) Seterusnya satu ruangan berbentuk borang maklumat akan terpapar dan anda perlu mengisi maklumat peribadi anda dengan tepat. Selesai mengisi maklumat dan no akaun bank serta nama bank, sila masukkan AKUAN PENGESAHAN iaitu kod pengesahan ke dalam ruangan yang disediakan. Akhir sekali, klik pada butang KEMAS KINI.

 

Permohonan Melalui Borang

 

Borang BR1M 2018 boleh didapati secara percuma di:

 

  • Portal Rasmi BR1M LHDNM
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

 

Anda boleh menghantar Borang BR1M 2018 di kaunter-kaunter berikut:

 

  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
  • Pejabat Daerah / Pejabat Residen Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

 

Jika mempunyai sebarang masalah atau kekeliruan, boleh terus hubungi pihak yang menguruskan BRIM 2018 di 1-800-88-2716.