"Dakwa Asnaf, Tapi Tinggal Di Kondo T20!" - Perkongsian MAIWP Buat Netizen Terkedu
TERKINIAntara rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh orang muslim sudah tentunya menunaikan zakat. Maksud zakat dari segi istilah adalah mengeluarkan harta mengikut syarat yang ditentukan oleh syarak dengan kadar tertentu kepada golongan tertentu (asnaf zakat).
Namun, di saat kita menunaikan rukun Islam, ada juga manusia yang mengambil kesempatan untuk menerima bantuan zakat dengan menipu pihak yang menguruskan zakat khususnya Pusat Pungutan Zakat (MAIWP)
Terbaharu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah berkongsi di Facebook mereka yang pihaknya menerima aduan bahawa sebuah keluarga memerlukan bantuan zakat.
Namun, apa mengejutkan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Skuad Jejak Asnaf, keluarga yang didakwa golongan asnaf dan menerima bantuan zakat itu tinggal di di kondominium mewah.
Hasil siasatan mendapati, keluarga tersebut menghuni di kediaman itu dengan bayaran sewa secara bulanan dan bukanlah rumah pusaka ataupun menerima ehsan tinggal percuma daripada orang lain.
Oleh itu, MAIWP menasihatkan kepada mereka di luar sana yang terkesan atau berada dalam kesempitan hidup perlu bersedia untuk menurunkan gaya dan cara hidup dan bijak menyesuaikan di antara keperluan dan juga kehendak seiring dengan kemampuan semasa.