[VIDEO] Dalam Sibuk Ceramah Sana-Sini, Dapat Baby Pula! Steady Ustaz Azhar Idrus Timang Anak Ke-12

TERKINI
October 04, 2022 - 02:49 PM


Siapa yang tidak kenal dengan Ustaz Azhar Idrus -- seorang penceramah bebas yang terkenal dengan aksi bersahaja, penyampaian ilmu agama diselit dengan jawapan lucu serta ditambah gelagat lawaknya dalam slanga pekat Terengganu.

Baru-baru ini, Ustaz Azhar Idrus sekali lagi meraih perhatian netizen apabila mereka terhibur dengan keletah beliau yang baru sahaja menyambut kelahiran anak ke-12 selepas videonya viral di laman sosial TikTok.

Untuk pengetahuan anda, Ustaz Azhar Idrus yang berusia 58 tahun telah berkahwin dan mempunyai 3 orang isteri.

Pengguna TikTok @ayu6461 berkongsi video Ustaz Azhar Idrus yang pertama kali menemui bayi lelaki itu daripada isteri keduanya, Izyan.

@ayu6461 Replying to @mohd_abdul_saidd87 ♬ original sound - Misi Ayu99

“Tahniah buat Ustaz Azhar Idrus dan Puan Izyan atas kelahiran anak.

“Semoga ALLAH memberkati anak ini untukmu dan menjadikannya orang berbakti dan bertaqwa,” titip laman Facebook SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu.

Netizen turut mengucapkan tahniah buat pendakwah yang berasal dari Kuala Terengganu itu dan mendoakan kesejahteraan si kecil.

-“Dalam sibuk mengajar kuliah dapat baby pula. Kemah keming ustaz.”

-“Alhamdulillah rezeki terindah kurniaan ALLAH. Semoga iman ini dapat diwarisi. Ustaz favourite kami sekeluarga.”

-“Tahniah ustaz, rezeki tu. Mesti comel.”

-“Sudah 12 orang anak ustaz. ALLAH memberi zuriat meramaikan umat Rasulullah.”

-“Ingatkan UAI hendak tahnikkan bayi orang lain,rupanya jumpa anak sendiri.”

-“Tahniah Ustaz Azhar Idrus dan isteri atas kelahiran baby baru.”

 

Destination: