Dato' Sri Siti Nurhaliza Lancarkan Video Muzik Anta Permana

TERKINI
October 04, 2018 - 04:43 PM


Jika di APM 2018 yang berlangsung di Singapura baru-baru ini, penyayi kesayangan ramai Dato' Sri Siti Nurhaliza telahpun membuat persembahan dengan menyanyikan lagu terbaru beliau iaitu Anta Permana. Lagu yang begitu klasik ini nampaknya ramai yang menggemarinya.

Hari ini di akaun youtube rasmi beliau telahpun melancarkan video muzik untuk lagu Anta Permana. Tak sampai sejam dimuatnaik lagu ini telahpun berjaya meraih sehingga 30 ribu views. 

Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu Klasik yang membawa maksud tidak terkira atau infiniti.

Apa yang menariknya tentang lagu ini adalah ianya ada bunyi waltz, klasik, arabic dan irama Malaysia. Siti berjaya menampilkan lagu yang lain dari yang lain, segar untuk halwa telinga pendengar. Tak mustahil lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong ini mampu mengangkat lagu ini sebagai lagu terbaik untuk tahun 2018. 

“Dengar sekali terus jatuh cinta bkn sebab i ni fans Tok Ti je terus suka lagu dia dah memang sedap dan lagu dia mesra pendengar dgn melodi classic dan new arrangement lain daripada yg lain daripada lagu2 beliau sebelum ni…

Come on Tok Ti dah nak masuk 23 tahun dlm industri tak salah dia mencuba sesuatu yg baharu dan lain kan? yg tak minat dan tak suka tu terpulang telinga masing2,minat masing2…Btw, #AntaPermana Ni Totally best kalau tercalon dalam Anugerah Industri Muzik Pun ada harapan boleh menang Lagu Terbaik / Susunan Muzik Dalam Lagu..Who knows kan?

Harap Kak Rozi Abdul Razak dan team2 boleh hantar lagu ni utk AIM ” – Faleey Zuan

Korang dah tengok belum muzin video ini? Kalau belum jom saksikan di youtube. Boleh layan banyak kali sebab tak bosan. 

Sekali tengok macam muzik video Taylor Swift pun ada untuk lagu Delicate...