Deadpool ‘Minta Bantuan’ Manchester United Untuk Promosi Filem Kedua

VIRAL
May 15, 2018 - 03:11 PM


Filem kedua Deadpool akhirnya menemui peminat pada hari ini. Persoalannya, berjayakah kutipan filem ini mengatasi kutipan yang diperolehi oleh Infinity War?

Peranan yang dimainkan oleh marketing filem Deadpool 2 ini amat penting. Disebab itulah kitab oleh lihat pelbagai ‘teaser’ dan cara yang digunakan oleh mereka untuk memberikan hype kepada filem berkenaan.

Jika sebelum ini, terdapat video pendek yang juga berbentuk promosi menampilkan bintang bola sepak popular dan juga bekas pemain Manchester United, David Beckham.

Terbaru, Deadpool dikatakan menggunakan khidmat pasukan Manchester United pula bagi mempromosikan filem keduanya.

Video seminit berkenaan berkisarkan tentang bagaimana Deadpool meminta pasukan Manchester United membantunya untuk mengalahkan kutipan filem Infinity War.

Mengenakan jersi bernombor 2 dan tertera nama Deadpool, beberapa bintang pasukan Manchester juga diberikan beberapa merchandise untuk dipakai.

Antara yang kelihatan dalam video adalah Michael Carrick, Alexis Sanchez, Rashford dan beberapa lagi bintang pasukan berkenaan.

Korang tengok ajelah gelagat Deadpool dalam video ini. Setakat ni, dah ada 5 juta tontonan okay...

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video