"Ryan Bakery Mendonia!" - Riuh TikTok Bila Manchester United Guna 'Sound' Ryan Bakery

TERKINI
August 24, 2022 - 04:42 PM


Rasanya sekarang hampir satu Malaysia dah kenal Ryan Bakery, seorang content creator yang sedang meningkat naik! Ryan banyak memuat naik video yang berkonsepkan nostalgia atau throwback zaman mereka yang lahir 90-an!

Memang setiap videonya berjaya mengusik dan menarik perhatian rakyat Malaysia. Terbaru, kecoh di platform TikTok apabila salah satu kelab gergasi Eropah iaitu Manchester United, memuat naik sedutan gol pertama ketika perlawanan menentang seteru mereka Liverpool.

Yang menjadi perbualan netizen adalah, pada video tersebut admin Manchester United menggunakan 'sound' asal Ryan Bakery!

@manutd

Smart woo, Sancho. 🥶

♬ original sound - ryanbakery - 𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮

Tak cukup dengan sound, kapsyen video tersebut juga tertera 'Tunjuk Skill'! Memang seluruh rakyat Malaysia teruja dengan video terbaru dari Manchester United itu. Entah-entah, admin akaun TikTok Manchester United tu orang Malaysia!

Destination: