Demo Tahun 1985 Dikongsi Oleh Metallica Sempena Pengumuman Album Baru..

VIRAL
October 18, 2017 - 11:51 AM


https://www.metallica.com/store/master-of-puppetsSelelau kita dengar orang akan buat throwback apabila teringat akan sesuatu.

Untuk kali ini, throwback yang sangat rare daripada kumpulan rock ikonik dunia Metallica! Untuk throwback daripada mereka ini, Metallica telah kongsikan demo awal yang dirakam oleh mereka untuk lagu popular Master Of Puppets pada tahun 1985.

Menurut video di MetallicaTV, versi ini telah direkodkan dalam garaj di Carlson House, El Cerrito, California lewat Jun 1985.

Master Of Puppets juga diangkat sebagai nama album ke-3 Metallica yang diterbitkan pada March 1986.

Kalau betul pengiraannya,  lagu Master Of Puppets ini telah menyambut ulangtahun ke 30 pada 2016. Namun begitu, Metallica akan menyambutnya tahun ini dengan mengeluarkan album remastered, deluxe box dan mengandungi 3 CD. Album remastered ini boleh didapati pada November ini...

Apa- apa pun, inilah demo yang dimaksudkan…

Kepada peminat Metallica, inilah masanya untuk anda menambah koleksi peribadi anda... Anda boleh preorder album remastered tersebut disini. 

 

Sumber : Website |AP

                Youtube| MetallicaTv