Drama Cinta Melayu Semakin Bosan - Beto Kusyairy

TERKINI
January 11, 2018 - 12:44 PM


Memang tidak dinafikan, kebanyakan drama Melayu yang disiarkan di televisyen mempunyai konsep yang sama sahaja seperti kahwin paksa, cinta antara dua darjat dan kisah menyelamatkan empayar perniagaan seperti luahan Beto Kusyairy.

Dia juga mempersoalkan sampai bila masyarakat kita perlu dihidangkan dengan cerita sebegini? Adakah jalan cerita sebegini yang benar-benar mahu disajikan kepada penonton?

Berdasarkan keluhannya di laman twitter, dia menerima tawaran lakonan oleh beberapa produksi yang mempunyai sinopsis dan skrip dengan genre yang sama sahaja hingga menimbulkan rasa bosan.

Menurutnya, kisah romantis yang kerap disiarkan di kaca televisyen sebenarnya jauh dari realiti sebenar kehidupan masyarakat.

Rakan artis yang lain juga turut memberikan pendapat dan sokongan dengan apa yang disampaikan oleh Beto.