Dua Bekas Egen CIA Sedang Cuba Menemukan Harta Escobar Yang Tersembunyi

TERKINI
December 13, 2017 - 03:08 PM


Pablo Escobar, siapa tak kenal akan ketual kartel dan pengedar dadah paling besar di dunia ini. Dikatakan, dia menjadi salah seorang yang terkaya di dunia disebabkan ‘perniagaannya’.

Pada satu masa, punyalah banyak duit Escobar ini, dikatakan dia telah membelanjakan 2 ribu pound hanya untuk membeli getah untuk mengikat duit miliknya.

Bekas peninggalan rumah Escobar di Columbia... 

Kediaman Escobar juga dikatakan penuh dengan ukiran dan arca berbentuk binatang. Pada kemuncak hidupnya, Escobar dikatakan mempunyai kekayaan sebanyak 22 billion pound. Ramai yang tertanya, mana pergi kesemua duit milik Escobar itu?

Salah sebuah peninggalan rumah Escobar. 

Walaupun ditembak mati pada tahun 1993, Escobar dikatakan sempat menyembunyikan duit miliknya kerana tidak ada bank yang mahu simpankan duitnya di Colombia. Jadi Escobar terpaksa membawa keluar duit-duit tersebut.

Ada yang kata Escobar masukkan dalam akaun bank Swiss dan kod untuk mendapatkan semula duit tersebut hanya diketahui oleh dirinya seorang. Tetapi, sebahagian daripada duit miliknya dikatakan telah ditanam di beberapa lokasi rahsia.

Sebahagian daripada harta yang dirampas dari rumah Escobar... Sepucuk pistol Emas pun ada...

Jika anda terfikir nak cari orang suruhan Escobar yang menanam duit tersebut, anda boleh lupakannya sebab dia telah dibunuh oleh Escobar. Ada ura-ura yang mengatakan lokasi duit tersebut ditanam adalah sekitar Columbia.

Oleh sebab itulah, The Discovery Channel telah mengupah dua bekas egen CIA bagi mencari dan seterusnya membahagikan kekayaan Escobar itu.

Walaubagaimanapun,usaha agen ini dikatakan mungkin berdepan dengan pelbagai masalah kerana sebelum ini, beberapa orang penting dalam menjayakan drama Narcos yang menceritakan tentang kehidupan Escobar dan turut ditayangkan di Netflix dikatakan telah hilang dan dibunuh.

 

Sumber : LadBibble