
Dua Buah Kapal Terbang Terjual Secara Online Di China
VIRALDengar macam sembang kencang member-member kat warung kopi je kan? Tapi sebenarnya perkara ini betul-betul terjadi.
Dua buah kapal terbang jenis Boeing 747 telah berjaya dijual oleh syarikat e-dagang di platform online milik mereka. Platform yang dimaksudkan ialah Taobao.
Kapal terbang ini asalnya dimiliki oleh syarikat kargo Jade Cardo International tetapi dirampas oleh pihak mahkamah Shenzen setelah bankrap pada tahun 2013.
Pada awalnya kapal terbang ini cuba dilelongkan secara offline sebanyak 6 kali sejak 2015 namun gagal untuk mencari pembeli.
Kerana tiada jalan lain, pihak mahkamah memutuskan untuk menjual dua buah kapal terbang tersebut atas talian pada September lalu.
Dengan harga 322juta yuan, kapal terbang tersebut kini dimiliki oleh SF Airlines yang juga merupakan syarikat kargo di China. Syarikat tersebut berjaya membuat bidaan tertinggi melebihi 25 pembida lain.
Ini merupakan penjualan kapal terbang pertama secara atas talian di China.
Dengar cerita, pihak mahkamah Shenzen ada lagi sebiji kapal terbang nak dilelongkan, siapa berminat boleh ke sini.
Sumber : Mashable
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video