"Eh? Dia Tahu Nasi Kangkang?" - Netizen Malaysia Terhibur Dengan Respon Pelakon Black Panther

TERKINI
July 04, 2023 - 05:04 PM


Antara movie terkenal dari Marvel sudah tentunya The Black Panther.  Antara watak dalam filem tersebut yang menjadi kegemaran peminat sudah tentunya Lord M'baku yang dipegang oleh pelakon Winston Duke. Terkenal dengan keramahannya bersama peminat, posting di instastory-nya menarik perhatian netizen!

Winston Duke sedang rancak berseloroh bersama peminat wanitanya. Ramai yang cuba memikat pelakon Black Panther itu dengan menyatakan niat mereka dan bersedia untuk memasak pelbagai hidangan istimewa dari negara masing-masing.

Yang mencuri perhatian adalah, Winston kelihatan membalas respon peminat yang jelas menyatakan dia dari Malaysia. Wanita tersebut menyatakan beliau bersedia untuk menghidangkan nasi lemak, laksa dan pelbagai makanan Malaysia yang lain.

Respon Winston yang menyatakan bahawa "selagi bukan nasi kangkang, saya bersedia untuk menerimanya" itu berjaya mencuit hati netizen. Ada juga yang tertanya-tanya bagaimana beliau tahu akan nasi kangkang? 

Destination: