"Eh Salah! Salah" - Netizen Terhibur Palang Automatik Tapi "Manual"

VIRAL
September 22, 2022 - 06:22 PM


Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi lucu seorang pekerja di sebuah tempat letak kenderaan yang menurunkan palang parkir secara manual, lapor laman berita Suara.com.

@bogordaily.net Nahan Pegell ya bangg.. #tiktokberita #parkir ♬ Begini Batem Remix - BeginiBatem🦑

Dalam video tersebut, seorang pekerja lelaki dilihat sedang menjatuhkan dan mengangkat sebatang palang parkir menggunakan tangannya.

Kejadian itu dirakam oleh seorang penunggang motosikal ketika dia hendak membayar caj parkir di tempat letak kenderaan tersebut.

Apabila pemandu motosikal selesai membayar, pekerja itu mengangkat palang tersebut sebelum menurunkannya kembali untuk menghalang pemandu lain. 

Kejadian itu dikatakan berlaku di Tasikmalaya, Jawa Barat.

Destination: