
Eminem Tujukan 'Fall' Untuk Haters - 13 Juta View Dalam Masa Dua Hari
VIRALMungkin kerana tertekan dan terkesan dengan mulut-mulut longkang netizen yang mengecam albumnya sebelum ini iaitu ‘Revival’. Eminem keluar dengan muzik video terbaru bertajuk ‘Fall’.
Segala kritikan yang diterima oleh Eminem kepada albumnya diterjemahkan dalam satu muzik video terbaru bertajuk ‘Fall ‘ yang juga merupakan salah satu lagu dalam album ‘balas dendam’ miliknya iaitu Kamikaze.
Nampaknya 9 bulan tempoh berdiam untuk Eminem bukanlah tempoh yang sia-sia kerana dia tampil dengan video terbaru ini. Cakap-cakap kosong yang sebelum ini mengkritik Eminem nampaknya tidak menjejaskan Em kerana baru dua hari video muzik ‘Fall’ dilancarkan ianya telah mencapai 13 juta view.
Dalam masa yang sama album baru Eminem iaitu Kamikaze dikatakan berkisar tentang kariernya baru-baru ini. Nampaknya kata-kata kecaman yang diterima oleh Eminem diterjemahkan dalam bentuk album dan lagu.
Jom kita tengok muzik video ‘Fall’ ni :
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video