Emma Maembong Bulatkan Hati Kini Tampil Dengan Imej Baru Tidak Bertudung

TERKINI
February 06, 2019 - 07:59 PM


Kisah Emma Maembong masih lagi panas nampaknya. Selepas viral tentang kontorversit bersama Syed Abdullah, Emma sekali lagi mengejutkan peminat dengan imej terbaru tanpa hijab. Sudah pasti berita ini amat mengejutkan dan ramai peminat yang sedih kerena Emma memang sangat cantik bertudung. Namun ini keputusan Emma sama-samalah kita doakan yang terbaik.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, berkata dia mengaku keputusan tersebut datang daripada dirinya dan bersedia untuk menerima sebarang kecaman selepas ini. Menurut Emma menerusi laporan sebuah portal berita, bukan mudah untuk istiqamah dan mengekalkan imej bertudung.

Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada. “Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia (tindakan membuka tudung) bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.

"Dalam tempoh bertudung itu saya mencuba untuk membulatkan hati. Namun, saat saya tewas dan perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang, tetapi saya terima dengan hati terbuka,” - Emma Maembong

Sementara itu, peminat juga mula bergambar dan merakam video bersama pelakon drama Awak Suka Saya Tak dengan imej baharunya itu di tempat awam. Sebelum ini, pada 28 Januari lalu, Emma sudah memohon maaf atas tindakannya tidak memakai tudung dan mengakui kesilapannya itu bukan atas paksaan mana-mana pihak.

Dua foto Emma bersama Syed Abdullah yang iaitu abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq telah tersebar di laman sosial dan menerima kecaman netizen. Bagaimanapun, Emma menakan dia adalah individu dalam salah satu foto yang memperlihatkan seorang wanita duduk di celah kangkang Syed Abdullah.