"Esok Saya Taknak Tengok Nasi Lemak Kat Sini!" - Makcik 'Sound' Peniaga Lain Sebab Jual Menu Yang Sama

TERKINI
October 12, 2022 - 11:03 AM


Viral di Twitter satu video yang diambil dari TikTok  yang memaparkan pertengkaran yang dipercayai berlaku antara peniaga-peniaga nasi lemak di sekitar VADS, TTDI.

Menerusi video terbabit, dapat dilihat seorang mak cik dipercayai peniaga nasi lemak yang telah lama berniaga di situ terlebih dahulu berang dan 'sound' telah peniaga di gerai bersebelahan kerana tidak puas hati mereka menjual menu yang sama dengannya.

Tak cukup dengan itu, makcik itu juga mendakwa bersama seorang lelaki bahawa mereka ada 'cable' bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mampu menghalau mereka dari berniaga di kawasan tersebut.

Janganlah macamtu makcik, sama-sama meniaga apa yang nak ditakutkan. Rezeki datang dari Tuhan. Percaya pada rezeki.

Destination: