Esok Sepatutnya Kita Balik Sama-Sama Untuk Majlis Kahwin - Tunang Allahyarham Adib

TERKINI
December 18, 2018 - 01:01 PM


Hari ini kita sekali lagi dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Adib. Seluruh Malaysia meratapi pemergian arwah, masing-masing terasa sedih walaupun tidak pernah mengenali arwah sebelum ini, namun dengan pengorbanan arwah, beliau disanjut tinggi oleh rakyat Malaysia, Keadilah untuk Adib mesti ditegakkan.

Sepatutnya pada hujung minggu ini, Allahyarham Muhammad Adib bakal berkahwin dengan pilihan hatinya, seorang gadis cantik manis bernama Nurul Najihah. Kad undangan perkahwinan pula telah diedarkan kepada kenalan terdekat sejak sebulan lepas sebelum tragdi mlang menimpa Adib.

Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Jodoh, pertemuan, dan kemtian adalah rahsia daripada Allah. KunFayaKun. Segala perancangan yang diatur pasangan ini, kini hanya tinggal kenangan apabila Adib telah disahkan mennggal dunia akibat dibelasah perusuh ketika sedang bertugas.

Nurul Najihah dalam muat naik status di Instagram, telah menulis catatan ringkas bersama kapsyen untuk allahyarham tunangnya itu.

Esok kita sama-sama cuti untuk balik kampung bagi perkahwinan kita. Ya, abang kita balik… kita balik sama2. Esok (18/12/2018) adalah hari kita balik ke kampung bersama. Orang balik jugak dengan abang, tapi abang dalam keadaan kaku. Tenanglah kamu, setenang orang tengok kamu tadi….

Kad perkahwinan Adib dan Najihah kini tinggal kenangan

Di laman sosial pula, foto kad undangan perkahwinan Adib dan Najihah telah tular. Ramai yang turut berasa hiba dan sedih apabila mengenangkan impian Adib untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian.

Ucapan takziah dan doa al-Fatihah mengiringi ruangan komen dan post di laman sosial untuk Allahyarham Adib.

Menurut Saudara Adib:

ADIB pernah bergurau, kalau berlaku kemalangan ketika majlis bertandang ke rumah bakal isterinya nanti, dia sendiri akan bantu memotong kenderaan untuk menyelamatkan kami sebab dia anggota bomba. 

Semasa di IJM arwah sempat Arwah menulis di papan hitam yang dia hendak balik ke kampung dan tulis tanya mana mak? Sebab waktu itu dia tidak dapat bercakap disebabkan banyak wayar di badannya selain keadaannya yang agak lemah.

Dikatakan persiapan untuk majlis perkahwinan Muhammad Adib yang dijadual berlangsung Ahad ini sudah dilakukan hampir 80 peratus namun segala-galanya bertukar menjadi kenduri tahlil.

Allahyarham seorang pendiam dan sangat baik dalam keluarga malah ketika dia pulang ke kampung bulan lalu, dia banyak menghabiskan masa memancing dan berjalan di keliling kampung.

Arwah juga baru membeli sebuah Perodua Myvi dua bulan lalu yang ditinggalkan di sini untuk memudahkan mereka bertandang ke rumah bakal isterinya ketika majlis perkahwinannya nanti,.