Fiqry Ibrahim Dipuji Netizen Tutup Aurat Uqasha

VIRAL
May 18, 2018 - 03:57 PM


Nama Fiqry Ibrahim nampaknya semakin disebut dan mendapat perhatian netizen. Kali ini gara-gara beliau meng’edit’ gambar Uqasha sebelum memuat naik di Instagram. Dikatakan Fiqry telah ‘menutup’ aurat Uqasha sebelum memuat naik gambar berkenaan.

Foto yang dikongsi Fiqry untuk mempromosikan drama terbaru betajuk ‘Rahsia Hati Perempuan’ itu jelas menunjukkan bahawa gambar Uqasha telah di-edit bagi menutup rambutnya.

Tindakan Fiqry telah menerima pujian netizen yang melabel actor itu sebagai seorang lelaki yang sangat prihatin dan patut dijadikan contoh. Ruangan komen foto berkenaan dibanjiri dengan komen-komen yang menyatakan keinginan untuk menjadikan Fiqry sebagai calon suami.

Antara komen di ruang komen gambar berkenaan

Selain Fikry, drama itu juga turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Mira Filzah dan Hisham Hamid.

Namun sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Fiqry bertindak sedemikian sebabnya sebelum ini beliau juga ada bertindak untuk meng-edit gambarnya bersama Janna Nick untuk menutup aurat aktres terbabit. 

 

Rahsia Hati Perempuan telah ditayangkan bermula 14 Mei lalu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro RIA (saluran 104) dan RIA HD (saluran 123).

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video