"Fitnah Yang Teramat Melampau" - Ebit Lew Buat Laporan Polis

TERKINI
September 18, 2023 - 11:12 AM


Netizen dikejutkan dengan pendedahan gadis bertatu dari Indonesia, Mondy Tatto ketika dijemput oleh seorang lelaki dari Malaysia yang didakwa membuat gangguan seksual terhadap dirinya melalui satu podcast bersama Caprice.

Lelaki yang disebut-sebut dalam podcast tersebut adalah Ebit Lew. Tidak menunggu lama, sebaik sahaja mendarat di Malaysia dari Jeddah, Ebit Lew terus ke balai polis untuk membuat laporan.

Melalui akaun X nya, Ebit Lew menciap dengan kapsyen "Bismillah. Baru sampai dari Jeddah 12malam tadi terus ke Balai Polis buat report mengenai fitnah-fitnah yang teramat melampau dan langsung tidak berasas ke atas diri saya. Saya serahkan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan."

"Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya." 

 

Destination: