Flower Road - ‘Buah Tangan’ Terbaru Big Bang Ungguli Carta iTunes Seluruh Dunia

TERKINI
March 16, 2018 - 11:35 AM


Kalau dah fenomena tu, buat lah apa pun, mesti menjadi. Baru-baru ini 3 daripada anggota Big Bang iaitu Taeyang, Daesung dan G-Dragon telah melaporkan diri untuk menjalani latihan ketenteraan yang diwajibkan kepada semua rakyat Korea Selatan.

Bila dah dalam kem tu, peminat dah tentu-tentu akan rindukan mereka.

Tapi, demi peminat kesayangan mereka ni, Big Bang tidak tingalkan macam itu sahaja sebab mereka ada sediakan single yang bakal menemani peminat Big Bang sepanjang ketiadaan mereka.

Diberi tajuk Flower Road, dikatakan lagu berkenaan telah mengungguli beberapa carta utama di Korea dan juga sensasi di 28 negara lain termasuklah New Zealand, Singapore, Taiwan dan Brazil.

Menurut Soompi, Flower Road ini diibaratkan sebagai surat cinta Big Bang kepada peminat mereka dan dibuat sebelum 3 daripada anggota mereka melaporkan diri untuk latihan ketenteraan. Sebelum ini, T.O.P terlebih dahulu telah menjalani latihan berkenaan. Kalini giliran ‘adik-adiknya’ pulak.

Antara yang bait lirik yang ada dalam lagu berkenaan berbunyi “ini bukanlah yang terakhir, kita kan berjumpa selepas bunga ini mekar” ini versi translation lah… hehe.. bukan Big Bang nyanyi dalam bahasa Melayu kan..

Apa-apa pun, peminat Big Bang mesti akan rindukan diorang dan tahniah juga atas kejayaan mereka ini.

Jom dengar sikit lagu dia macam mana...

 

~Aj